Ada apa-apa yang nak dicari? Jangan malu-malu untuk menggunakannya :)

Saturday, May 7, 2011

Sesuatu Yang Paling Saya Sukai : )

Assalamualaikum~ Hai semua! he3 dah lame x update post terlalu asyik dengan gadget blog nie~ :3 akhirnya sampai masa untuk saya bercerita sedikit tentang saya...Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda sesuatu benda yang saya suka iaitu mellihat permandangan.Terus terang saya cakap jika saya melihat permandangan yang cantik dan indah kadang-kadang boleh membuatkan saya menangis..kadang-kadang mengingati saat-saat yang terindah dalam hidup saya..Jika setakat melihat sahaja tiada guna cuba renung dengan mendalam dan hayatinya.Ia pasti dapat menenangkan fikiran kita.Bagi saya tiada apa yang lebih indah selain permandangan yang terindah yang saya lihat.Saya akan berkongsi beberapa gambar permandangan yang saya minati...

Ini adalah beberapa gambar indah pemandangan alam. Dalam hal ini, anda akan menemui beberapa persekitaran yang lebih ekstrem di bumi, bersama-sama dengan beberapa pemandangan yang paling asli. Beberapa gambar ini menonjolkan permandangan yang cantik dengan semulajadi, sementara yang lain menunjukkan bagaimana alam dan persekitaran serta manusia berinteraksi untuk mencipta pemandangan indah.



 Pemandangan musim luruh

Gambar pemandangan alam menunjukkan barisan pokok semasa musim luruh di mana daun berubah dari warna hijau ke warna kuning. Daun pokok ini berubah warna kuning yang sangat terang sebelum jatuh ke tanah. Kebanyakan daun bewarna kuning, merah, oren, dan ungu semasa musim luruh.Paparan cantik ini disebabkan oleh cuaca sejuk dan pohon mempersiapkan diri untuk menghadapi musim sejuk.

Pemandangan musim sejuk



Di sini anda boleh melihat pemandangan di Yosemite Nationa. Dianggap menjadi salah satu persekitaran yang paling indah. Di sini anda boleh melihats banyak gunung salji serta salji di siang hari.








Pemandangan di pulau

Permandangan laut ini sangat cantik dengan air yang bewarna biru cerah yang dapat menyejukkan mata bagi sesiapa yang memandangnya.Air laut yang berwarna biru kristal ini sangat hampir dengan pulau tersebut, ini menunjukkan bahawa ada bahagian air laut yang cetek pada jarak yang jauh dari pantai. Laut seperti ini sangat jernih sehingga anda dapat melihat apa yang ada di atas lantai laut.

 Pemandangan di padang rumput yang menghijau

Seterusnya pemandangan yang paling saya sukai iaitu pemandangan di Tibet.Ia telah lama dikenali sebagai pusat spiritual bagi dunia,tidak ramai orang yang mengetahui tentang pemandangan alam yang indah di wilayah ini.Salah satunya adalah gambar permandangan ini yang menunjukkan sebidang tanah penuh dengan rumput yang menghijau serta bunga liar di dasar gunung.Ini hanyalah salah satu daripada pemandangan di Tibet yang indah. Jika direnung-renungkan hati pasti akan terasa tenang sekaligus dapat menenangkan fikiran.














Pemandangan di Switzerland

Breithorn Peak, yang terletak di Switzerland, juga merupakan salah satu pemandangan alam yang indah. Dalam gambar ini, anda boleh melihat sebidang tanah penuh dengan bunga kuning di dasar gunung. Banyak gunung di Switzerland yang tertutup salji, mencipta pemandangan indah di seluruh negeri tersebut.






Pemandangan di Maroon Lake terletak di Marron Bells, Aspen Colorado. 

Ini adalah salah satu tasik yang mempunyai banyak gunung dan ia terletak di Aspen Colorado. Airnya sangat jernih hingga anda boleh melihat terus ke lantai tasik. Tasik ini biasanya begitu jernih kerana ia tidak diganggu dan dibiarkan supaya tidak kotor dan tercemar.



Pemandangan di Belanda

Dan yang terakhir, saya mahu berkongsi dengan anda pemandangan di Belanda. .Anda tahu tak bahawa Belanda sangat popular dengan kincir angin?Terdapat sekitar 1200 kincir angin yang beroperasi di negara ini.Di dalam gambar ini menunjukkan sebarisan kincir angin di tepi sungai menmbuatkan pemandangan menjadi lebih cantik.






Konklusinya, terdapat pelbagai dan banyak lagi pemandangan yang indah serta cantik di dunia ini yang masih belum kita semua terokai. Saya berharap dapat pergi ke tempat dimana pemandanganya cantik dan indah untuk saya bersantai dan menenangkan fikiran.Ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda pada hari ini.Sekian terima kasih bagi sesiapa yang datang melawat blog saya. :)


Bye-bye

Wednesday, May 4, 2011

!-Blog-Contest-!


Syarikat TM mengadakan satu pertadingan blog yg bertempat di Mesra Mall, Kemasek, Kemaman. Pertandingan dimulakan pada 6~12 Mei 2011. Semua dijemput hadir beramai2 bagi memeriahkn susana xD

Blog Pertama-Ku ^^,

akhirnya, dapat jugak buat blog nie...dah lame jgak teringin nk wt blog nie tapi x buat ....busylaaa katakn (ye ye jewr o_O) ha3 walau ape2 pown skang dh ader blog kene rajin2 laa update~~ :p
ha3 lupe plak nk perkenalkn diri ("^.^") .. name saya Amin nama panjang Mohammad Amin bin Zarimin orang terengganu (ganu kito >_< ) tinggal di Paka yg terletak di antara Dungun dan Kerteh untuk maklumat lanjut bleh carie kt google map^ .Gender mestilah lelaki xkan prempuan kowt kn he3 xD . Berumur 1 taun ke atas :D hobi yg disukai adalah main badminton, layan facebook, &.......(O_o) mcm2 lagi. Untuk mengetahui lbih lanjut rajin2 laa melawat blog saya ok!
d(^.~)b
Sapphire